1.0 PENDAHULUAN
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT,
al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air
yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan
zikir.
Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah
SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa
mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang
ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar
dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.
Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang
benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran.
Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan
sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.
Terdapat
banyak kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih, antaranya;
PERTAMA :
AL-QURAN AKAN MENJADI SYAFAAT DIHARI AKHIRAT.
Daripada
Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah
al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada
pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
KEDUA :
AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA (MEMPERTAHANKAN) ORANG YANG MEMBACANYA DIHARI AKHIRAT.
Daripada
Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda
: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang
membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan
Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang
membaca dan mengamalkannya”.
(Hadis
Riwayat Muslim
KETIGA :
SEBAIK-BAIK AMALAN ADALAH ORANG YANG BELAJAR DAN MENGAJARKAN AL-QURAN.
Daripada
Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik
manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada
orang lain”.
(Hadis
Riwayat Bukhari)
KEEMPAT :
MEMBACA AL-QURAN DAN SUSAH MENYEBUTNYA MENDAPAT DUA PAHALA.
Daripada
Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang
membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
KELIMA :
MUKMIN YANG MEMBACA AL-QURAN UMPAMA BUAH YANG HARUM DAN SEDAP RASANYA.
Daripada Abu
Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama
orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar
) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca
al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang
munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi
dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti
buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
KEENAM :
ALLAH SWT MENGANGKAT MARTABAT GOLONGAN YANG MEMBACA AL-QURAN.
Daripada Omar
Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya
Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain
dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)
KETUJUH :
KEFAHAMAN YANG SAHIH TENTANG AL-QURAN AKAN MENJADI CONTOH IKUTAN.
Daripada Ibnu
Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh
berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan
kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam ,
lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
KELAPAN :
MEMBACA AL-QURAN AKAN MENDAPAT KETENANGAN (SAKINAH)
Daripada
Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca
Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka
awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula
menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W.
dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah )
ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
KESEMBILAN :
SESIAPA YANG TIDAK MENGINGATI AYAT-AYAT AL-QURAN UMPAMA RUMAH YANG ROBOH.
Daripada Ibnu
‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya
orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran
seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata:
Hadis ini hasan sahih)
KESEPULUH :
MEMBACA DAN MEMPERELOKKAN BACAAN AL-QURAN AKAN MENDAPAT KEBAIKANNYA.
Daripada
Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa
nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah
dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di
dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau
bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau
berkata : Hadis ini hasan sahih )
KESEBELAS :
MEMBACA BEBERAPA AYAT AL-QURAN LEBIH BAIK DARIPADA MENDAPAT UNTA YANG GEMUK.
Daripada
‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di
tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di
antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan
atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan
dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab
: “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi
ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta,
tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta
demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat
Muslim)
KEDUA BELAS :
SESIAPA YANG LEBIH FASIH MEMEBACA AL-QURAN LEBIH LAYAK MENJADI IMAM SOLAT
BERJEMAAH.
Daripada Ibnu
Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Orang yang paling
layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca
al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )
KETIGA BELAS
: NABI SAW MENGUTAMAKAN SAHABAT YANG PALING KUAT BERPEGANG TEGUH KEPADA
AL-QURAN UNTUK DIKEBUMIKAN JENAZAH MEREKA.
Daripada
Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua
lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang
mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran
maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah
orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari,
Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)
KEEMPAT BELAS
: KELEBIHAN BERDOA SELEPAS MEMBACA AL-QURAN.
Daripada
‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca
al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian
ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang
membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya
akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis
Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)
KELIMA BELAS
: SETIAP SATU HURUF MEMBACA AL-QURAN AKAN MENDAPAT SEPULUH GANJARAN PAHALA.
Daripada Ibnu
Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada
al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh
pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif
satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi
Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)
Sehubungan
dengan itu, marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita ,
apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita
tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran
juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan
menyinarkannya.
Dalam sebuah
hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah
S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat
seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati
bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan
membaca al-Quran.
Malangnya
dewasa ini...penguasaan, pembacaan dan pengamalan Al-Quran amat mendukacitakan.
Lebih malang lagi, ramai di kalangan pelajar atau remaja masakini yang tidak
begitu mahir di dalam penguasaan al-Quran. Maka, sudah pasti mereka tidak dapat
membaca dan mengamalinya.
InsyaAllah dengan
penganjuran Kem Anak Soleh Mantap Al-Quran ini, dapat membantu
pelajar, ibubapa dan pihak-pihak tertentu ke arah memantapkan dan memartabatkan
Al-Quran serta masalah gejala sosial di kalangan remaja juga dapat dikurangkan
dari masa ke semasa berkat Al-Quranul Kareem.
”
2.0 NAMA PROGRAM
“KEM ANAK SOLEH MANTAP AL-QURAN SEPTEMBER & AIDIL ADHA 2015"
3.0 OBJEKTIF
Peserta dapat memantap bacaan secara
tartil & bertajwid dari aspek makhraj/sifat huruf, panjang, pendek,
berdengung dan tidak berdengung
Peserta dapat meningkatkan kualiti
kefahaman , penguasaan dan bacaan Iqra atau
Qiraati atau Muqaddam atau lain-lain
Peserta akan mendapat input
motivasi untuk pembangunan dan
kecemerlangan Al-Quran, Akademik dan
Pembentukan Sahsiah Diri.
Peserta dapat melakukan amalan-amalan
sunat yang dituntut oleh syara’ seperti melakukan solat tahiyyatul masjid,
solat sunat dhuha dan lain-lain
Peserta dapat mempelajari dan
mempraktik amalan berwudu’ dan mendirikan solat zohor dan solat asar secara
berjamaah di Masjid
Membentuk akhlak, keperibadian dan
sahsiah muslim sejati
Memanfaatkan cuti sekolah dengan
aktiviti yang bermanfaat untuk menjadi pelajar cemerlang dan anak soleh
4.0 PERINCIAN
PROGRAM
Peserta akan dibahagikan kepada
2 tahap, iaitu;
1.
Tahap 1 : Asas Al-Quran ( Kaedah Sifir Al-Quran)
Penekanan terhadap mengenal Huruf
Hijaiyyah @ Baris @ Bunyi serta kelancaran bunyi @ bacaan dengan makhraj
@ sifat huruf yang betul. Aplikasi pembelajaran berdasarkan system pembelajaran
yang sedia dipelajari samada Iqra @ Qiraati @ Muqaddam dan lain-lain
2.
Tahap 2 : Tahsin Al-Quran (Kaedah
Pengecaman Simbol)
Penekanan terhadap 5 aspek : Panjang, pendek, dengung, tidak
dengung dan sebutan makhraj/sifat huruf . Penekanan bacaan secara bertajwid dan
tartil.
5.0 KAEDAH
·
Aplikasi
secara teori dan praktikal serta
pembelajaran cara mudah dan Intensif hanya berdasarkan “tanda / simbol” yang terdapat di dalam Al-Quranul Karim Rasm
Uthmani (Kaedah Pengecaman Simbol).
·
Tidak diberi
penekanan terhadap nama hukum bacaan, tetapi peserta akan dapat menguasai bacaan secara bertajwid
berdasarkan “simbol/tanda” sahaja
·
Praktikal
pembacaan secara PERSONAL (Tumpuan Individu) dan TALAQI (Face to face /
Bersekemuka)
·
Peserta Asas Al-Quran (Iqra/Qiraati/Muqaddam dll)
akan menggunakan kaedah pembelajaran yang sedia dipelajari agar tidak berlaku
kekeliruan dan sebagainya (Kaedah Sifir Al-Quran)
6.0 TARIKH
20 – 22 SEPTEMBER 2015
7.0 HARI
Ahad – Selasa
8.0 TEMPOH
3 hari 2 malam
9.0 MASA
9.00 pagi – 4.00 petang
10.0 TEMPAT
Hotel Darul Aman. Bandar Darul Aman Jitra Kedah.
11.0 KATEGORI
Lelaki dan perempuan
12.0 UMUR
6 tahun hingga 16 tahun
13.0 YURAN
RM220.00 (termasuk penginapan, makan minum, bahan program, sijil dan lain-lain)
14.0 JADUAL
HARIAN SECARA UMUM
8.00 pagi - 9.30
pagi :
Kelas Pengajian
9.30 pagi - 10.00
pagi : Solat Dhuha dan Motivasi
Rohani
10.00 pagi - 10.20
pagi : Minum Pagi
10.20 pagi -12.30 t/hari :
Kelas Pengajian
12.30 t/hari - 02.00
petang : Makan t/hari, Solat Zohor
dan Kendiri
2.00 petang - 04.00
petang : Kelas Pengajian
4.00 petang - 4.30
petang : Minum Petang
4.30 petang - 4.55
petang : Persiapan dan Solat Asar
15.0 PENGISIAN MOTIVASI
Terdapar 2 slot utama Motivasi Anak Soleh Mantap Al-Quran akan sajikan kepada peserta bagi
memenuhi piawai kecemerlangan akademik
dan kerohanian oleh PU Thowi dan Motivator Ust Mokhtar
16.0 LAIN-LAIN PENGISIAN
1. Praktikal Wuduk 3. Praktikal Solat
Berjemaah di Masjid 5. Solat Dhuha 2. Solat Tahiyyatul Masjid 4. Zikir / Terapi Rohani
17.0 GURU DAN FASILITATOR
Guru-guru dan fasilatator berpengalaman. Guru j-QAF / KAFA dan
fasilitator berpengalaman
Mahasiswa/lepasan daripada
Timur Tengah/KUIN/ Maahad Tahfiz/ Maahad Tarbiah Islamiyah
Derang dan lain-lain.
18.0 SIJIL DAN REKOD PRESTASI
Sijil dan rekod prestasi peserta akan diserahkan kepada waris pada
hari terakhir program oleh pihak urusetia
19.0 PENYELARAS
ARMAQ CONSULTANT, NO 899, JALAN T/M 27, TAMAN TENGKU MAHERAN 06000 JITRA
20.0 KETERANGAN
LANJUT & URUSETIA PENYELARAS
No. H/P: 019-403 1971 (Ustaz Zamri)
No. H/P:019-418 4185 (Ustaz Isa)
Blog :
armaq.blogspot.com
21.0 PENUTUP
Semoga usaha ini diberkati serta dipandang dan dicatat oleh Allah
SWT sebagai amalan kebajikan di akhirat kelak.
Disediakan
oleh;
Urusetia Penyelaras
Kem Anak Soleh Mantap Al-Quran SEPTEMBER 2015