.

.

Kalam Pengarah Kem Motivasi Perdana QALBUN SALIM


KEM MOTIVASI PERDANA
QALBUN SALIM

Menurut Imam Al-Ghazali dalam “Ihya Ulumuddin” bahawa makna “Qalbun” atau terdapat dua penafsiran;
Pertama: Adalah daging kecil yang terletak di dalam dada sebelah kiri dan di dalamnya terdapat rongga yang berisi darah hitam
Kedua: Merupakan bisikan halus ketuhanan (rabbaniah) yang berhubungan langsung dengan “qalbun” atau hati yang berbentuk daging. Hati inilah yang dapat memahami dan mengenal Allah serta segala hal yang tidak dapat dijangkau dengan angan-anga
Hati ibarat cermin. Jika tidak dirawat dan dibersihkan, ianya mudah kotor dan berdebu. Kerana itu, Ibnul Qayyim Al Jauziah, pernah mengatakan bahawa  qalbun / hati manusia terbahagi kepada tiga kategori, iaitu; Qalbun Salim (Hati yang tenang / sihat ), Qalbun Mayyit ( Hati yang mati ) dan Qalbun Maridh ( Hati yang sakit)
Qalbun Salim iaitu hati yang baik / sihat merupakan hati idaman orang-orang yang beriman. Hati ini adalah hati yang hidup, bersih, penuh ketaatan, bercahaya dan hati ini dikawal oleh nafsul mutmainnah (jiwa yang tenang).
Di dalam al-Quran  disebutkan perkataan “As-Salim” pada dua tempat. Pertamanya, surah As-Shafat ayat 84 yang bermaksud: “ (ingatlah) ketika dia (Ibrahim) datang kepada Tuhannya dengan hati selamat (sihat / sejahtera)”. Keduanya, surah As-Syu’ara ayat 87-89 yang bermaksud: “Dan janganlah Kau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (iaitu) pada hari (ketika) harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah  dengan hati bersih”.
Ayat pertama merupakan penjelasan mengenai Nabi Ibrahim sebagai golongan pengikut Nabi sebelumnya, iaitu Nabi Nuh a.s yang memilik hati yang ikhlas dan tidak ada keraguan dalam beriman kepada Allah SWT. Manakala ayat kedua dijelaskan dalam tafsir Jalalain karangan Imam Jalaluddin As-Sayuti dan Imam Jalaluddin Al-Mahalli bererti hati yang bersih atau selamat dari sifat syirik dan nifak yang merupakan cerminan dari seorang mukmin.
                Sumarkan dan Titik Triwulan Tutik dalam bukunya “Misteri Hati” / Asrar Qalb mengungkapkan bahawa yang dimaksudkan  Qalbun Salim adalah hati yang yang terbebas dan selamat dari berbagai macam sifat tercela, baik yang berkaitan dengan Allah maupun yang berkaitan dengan  sesama manusia dan makhluk Allah di alam semesta ini.
                Oleh itu, sangat penting bagi kita memelihara hati agar  hati kita konsisten dan istiqamah dalam ketaatan kepada Allah SWT dan dijauhkan daripada hati yang sakit dan hati yang mati. Antara doa yang sering dibaca selepas solat ialah, “ Wahai tuhan yang membolak balik hati, tetapkanlah hati kami di atas ketaatan kepadaMu Ya Allah”.
                Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Qalbu berkarat kerana dua keadaan, iaitu lalai dan dosa. Dan pembersihnya pun dengan dua keadaan juga, iaitu dengan istighfar dan zikrullah.”

KENAPA PERLU MOTIVASI QALBUN SALIM ?

            Permasalahan remaja kita pada dewasa ini bertali arus dan tidak berkesudahaan. Saban hari terpampang di dada akhbar tentang masalah sosial remaja / pelajar kita. Semua pihak terpanggil untuk mengembeling tenaga bagi mengislahkan / memperbaiki keadaan ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan program. Mari kita merenung sejenak hadis Rasullullah SAW yang bermaksud: “ Sesungguhnya pada diri seorang manusia itu terdapat seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh badannya. Sekiranya seketul daging itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badan manusia itu. Seketul daging itu ialah HATI”. Berdasarkan hadis ini dapatlah difahami bahawa fungsi hati amat besar peranannya di dalam kehidupan kita ke arah sifat-sifat mahmudah dan mazmumah. Hati adalah raja bagi anggota tubuh badan yang lain.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati”. Rasullullah SAW telah menyatakan bahawa: “ Qalbu berkarat kerana dua keadaan, iaitu lalai dan dosa. Dan pembersihnya pun dengan dua keadaan juga, iaitu dengan istighfar dan zikrullah.”
                Sehubungan dengan itu Motivasi Qalbun Salim melalui Armaq Consultant telah membangunkan modul khas untuk sama-sama mengembeling tenaga bagi mengatasi masalah yang kian meruncing di kalangan remaja dan pelajar termasuk pelajar sekolah rendah, menengah dan pelajar lepasan SPM samada di Universiti atau di Kolej-Kolej. Modul yang dibangunkan ialah         ke arah melahirkan Qalbun Salim, merawat Qalbun yang sakit dan memberi nafas baru kepada Qalbun yang tercungap-cungap untuk mati.

RELEVAN MOTIVASI QALBUN SALIM

                Sesungguhnya, program ini akan membantu ibu bapa, guru kaunselor, guru disiplin, guru pendidikan Islam dan pihak pengurusan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah diri pelajar . Ini jelas kerana pengisian program menjurus ke arah pendidikan dan pemulihan hati di samping input-input yang amat berguna bagi mencipta kecemerlangan dunia akhirat dan memenuhi kehendak matlamat Allah mencipta manusia sebagai khalifah dan hamba Allah . Antara input penting yang disajikan ialah berhubung pemantapan akidah dengan menekankan konsep”auwwaluddin ma’rifatullah” (perkara utama di dalam agama ialah mengenal Allah) dan penekanan ke arah menghayati konsep rukun iman yang enam. Penghayatan enam rukun iman dengan pemahaman mendalam akan melahirkan kesedaran beragama dan ketakwaan yang sebenar. Hal ini penting kerana ramai di kalangan pelajar yang tidak mengenali Allah dengan hakikat yang sewajarnya. Melalui program ini juga, pihak sekolah dan waris dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan peserta dari aspek teori dan amali solat serta toharah (bersuci). Maklumat ini akan mempermudahkan pihak sekolah dan ibubapa untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi bacaan, hafazan dan praktikal solat. Program ini bukan sekadar pembinaan dari aspek dalaman sahaja malah menyediakan infrastruktur agar mereka dapat mengimplimentasi pengamalan mereka di dalam ibadat dengan sempurna dan terbaik. Apabila berlaku keselarasan dari aspek akidah, ibadat dan akhlak, maka hasilnya akan dinikmati oleh semua pihak iaitu pelajar, waris, pihak sekolah, masyarakat, agama, negara dan lain-lain. Oleh itu, penjanaan hati ke arah QALBUN SALIM merupakan satu tuntutan dan keperluan.