.

.

Tuesday, October 6, 2015

PROGRAM BERSAMA ARMAQ CONSULTANT SEPANJANG CUTI SEKOLAH NOV & DIS 2015

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PROGRAM CUTI SEKOLAH NOV/DIS 2015 


MAKLUMAN PROGRAM CUTI SEKOLAH NOV/DIS 2015 ANJURAN ARMAQ CONSULTANT, JITRA ARMAQ CONSULTANT akan menganjurkan 2 KEM CUTI SEKOLAH 8 HARI 7 MALAM dan PROGRAM HARIAN :Tamrin Anak Soleh Mantap Al-Quran dan Fardu Ain. 

PERTAMA :
2 KEM CUTI SEKOLAH 8 HARI 7 MALAM:
1. Kem Anak Soleh Bersama 3 Tok Guru
( 04-11 Dis 2015)
2. Kem Anak Soleh Qalbun Salim
( 11-18 Dis 2015)


MAKLUMAT LENGKAP KEDUA-DUA KEM:
TEMPOH : 8 hari 7 malam
HARI / MASA: Jumaat (3.00 petang) - Jumaat (11.30 pagi)
TEMPAT : MRSM Kubang Pasu, Jalan Gelong, Jitra
UMUR : 10-17 tahun
KATEGORI : lelaki dan perempuan
YURAN: RM380.00 sahaja ( termasuk makan minum, penginapan, bahan2 & pengisian program, sijil dll)
PENDAFTARAN MASUK : Hari Jumaat jam 3.00 petang
TAMAT KEM : Hari Jumaat jam 11.30 pagi
TEMPAT PENDAFTARAN : Surau MRSM

KEDUA:
PROGRAM HARIAN ; TAMRIN ANAK SOLEH MANTAP AL-QURAN & FARDU AIN 


MAKLUMAT LENGKAP;
TARIKH: 22 Nov - 24 Dis 2015
HARI: Ahad - Khamis ( 5 hari seminggu)
MASA: 8.00 pagi - 12.00 tengahari ( 4 jam sehari)

*TEMPOH: 5 Hari (minima) hingga 25 hari ( maksima)
**TEMPAT: Masjid- masjid terpilih di

Daerah Kubang Pasu
MASJID JAMEK KODIANG,
MASJID AL-A'LA,
MASJID AL-MUHSININ DARULAMAN HEIGHT

Kota Setar
MASJID SULTANAH BAHIYAH,
MASJID JAMEK HUTAN KAMPUNG
MASJID ALBUKHAIRY PANTAI JOHOR

Pokok Sena
MASID AN-NUR

Padang Terap
MASJID MUADZAM SHAH

UMUR: 06 - 16 tahun
KATEGORI: lelaki dan perempuan
PENDAFTARAN : RM 30.00 seorang
YURAN: RM 10.00/ sehari /seorang ( fokus individu, bahan2 program dan sijil) - tak termasuk makan minum

* semasa pendaftaran, sila maklumkan bilangan hari penyertaan, minimum 5 hari (1 minggu) sahaja, maksimum 25 hari. Bayaran yuran berdasarkan bilangan hari dan tarikh yang dimaklumkan semasa pendaftaran masuk program.

** masjid2 tersebut di atas merupakan lokasi terpilih pada program cuti sekolah Jun 2015. Insyaallah pada CUTI SEKOLAH NOV/DIS 2015 ini, masjid-masjid tersebut antara lokasi pilihan utama. Lokasi baru boleh dicadangkan, jika berminat diadakan di tempat tuan/puan. Insyaallah, Armaq Consultant akan menyelaras dan mengendalikan sepenuhnya termasuk tenaga pengajar/fasi, bahan-bahan dll. sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum program.

KETERANGAN LANJUT

SILA LAYARI; armaq.blogspot.com
ATAU HUBUNGI, SMS, WHATSAPP;
0194031971 (USTAZ ZAMRI)
0194184185 (USTAZ ISA)

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!!!!! 


TERIMA KASIH KERANA SUDI PANJANG-PANJANGKAN MAKLUMAT INI. SEMOGA DIBERKATI ALLAH SWT. HENDAK-NYA...

KLIK SINI UNTUK PENDAFTARAN SECARA ONLINE

Monday, May 11, 2015

KEM ANAK SOLEH MANTAP AL-QURAN - CUTI SEKOLAH SEPTEMBER 2015 (DITUTUP)


PENDAFTARAN MASUK : AHAD 9.00 PAGI
MAJLIS PENUTUP BERSAMA WARIS : SELASA 2.00 PETANG


Borang Pendaftaran Online (KLIK DI SINI)

1.0          PENDAHULUAN
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

                Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.
                Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.
Terdapat banyak kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih, antaranya; 
PERTAMA : AL-QURAN AKAN MENJADI SYAFAAT DIHARI AKHIRAT.
 Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

KEDUA : AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA (MEMPERTAHANKAN) ORANG YANG MEMBACANYA DIHARI AKHIRAT.
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.
(Hadis Riwayat Muslim

KETIGA : SEBAIK-BAIK AMALAN ADALAH ORANG YANG BELAJAR DAN MENGAJARKAN AL-QURAN.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

KEEMPAT : MEMBACA AL-QURAN DAN SUSAH MENYEBUTNYA MENDAPAT DUA PAHALA.
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

KELIMA : MUKMIN YANG MEMBACA AL-QURAN UMPAMA BUAH YANG HARUM DAN SEDAP RASANYA.
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

KEENAM : ALLAH SWT MENGANGKAT MARTABAT GOLONGAN YANG MEMBACA AL-QURAN.
Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

KETUJUH : KEFAHAMAN YANG SAHIH TENTANG AL-QURAN AKAN MENJADI CONTOH IKUTAN.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


KELAPAN : MEMBACA AL-QURAN AKAN MENDAPAT KETENANGAN (SAKINAH)
Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

KESEMBILAN : SESIAPA YANG TIDAK MENGINGATI AYAT-AYAT AL-QURAN UMPAMA RUMAH YANG ROBOH. 
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

KESEPULUH : MEMBACA DAN MEMPERELOKKAN BACAAN AL-QURAN AKAN MENDAPAT KEBAIKANNYA.
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

KESEBELAS : MEMBACA BEBERAPA AYAT AL-QURAN LEBIH BAIK DARIPADA MENDAPAT UNTA YANG GEMUK.
 Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)


KEDUA BELAS : SESIAPA YANG LEBIH FASIH MEMEBACA AL-QURAN LEBIH LAYAK MENJADI IMAM SOLAT BERJEMAAH.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

KETIGA BELAS : NABI SAW MENGUTAMAKAN SAHABAT YANG PALING KUAT BERPEGANG TEGUH KEPADA AL-QURAN UNTUK DIKEBUMIKAN JENAZAH MEREKA.
Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)
                                                                       
KEEMPAT BELAS : KELEBIHAN BERDOA SELEPAS MEMBACA AL-QURAN.
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

KELIMA BELAS : SETIAP SATU HURUF MEMBACA AL-QURAN AKAN MENDAPAT SEPULUH GANJARAN PAHALA.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)



Sehubungan dengan itu, marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Malangnya dewasa ini...penguasaan, pembacaan dan pengamalan Al-Quran amat mendukacitakan. Lebih malang lagi, ramai di kalangan pelajar atau remaja masakini yang tidak begitu mahir di dalam penguasaan al-Quran. Maka, sudah pasti mereka tidak dapat membaca dan mengamalinya.

InsyaAllah dengan penganjuran Kem Anak Soleh Mantap Al-Quran ini, dapat membantu pelajar, ibubapa dan pihak-pihak tertentu ke arah memantapkan dan memartabatkan Al-Quran serta masalah gejala sosial di kalangan remaja juga dapat dikurangkan dari masa ke semasa berkat Al-Quranul Kareem.

2.0          NAMA PROGRAM

KEM ANAK SOLEH MANTAP AL-QURAN SEPTEMBER & AIDIL ADHA 2015"

3.0          OBJEKTIF
*      Peserta dapat memantap bacaan secara tartil & bertajwid dari aspek makhraj/sifat huruf, panjang, pendek, berdengung dan tidak berdengung
*      Peserta dapat meningkatkan kualiti kefahaman , penguasaan dan bacaan Iqra atau  Qiraati atau Muqaddam atau lain-lain
*      Peserta akan mendapat input motivasi  untuk pembangunan dan kecemerlangan  Al-Quran, Akademik dan Pembentukan Sahsiah Diri.
*      Peserta dapat melakukan amalan-amalan sunat yang dituntut oleh syara’ seperti melakukan solat tahiyyatul masjid, solat sunat dhuha dan lain-lain
*      Peserta dapat mempelajari dan mempraktik amalan berwudu’ dan mendirikan solat zohor dan solat asar secara berjamaah di  Masjid
*      Membentuk akhlak, keperibadian dan sahsiah muslim sejati
*      Memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat untuk menjadi pelajar cemerlang dan anak soleh

4.0          PERINCIAN  PROGRAM
                Peserta akan dibahagikan kepada 2 tahap, iaitu;
1.       Tahap 1 : Asas Al-Quran  ( Kaedah Sifir Al-Quran)
Penekanan terhadap mengenal Huruf  Hijaiyyah @ Baris @ Bunyi serta kelancaran bunyi @ bacaan dengan makhraj @ sifat huruf yang betul. Aplikasi pembelajaran berdasarkan system pembelajaran yang sedia dipelajari samada Iqra @ Qiraati @ Muqaddam dan lain-lain

2.       Tahap 2 : Tahsin Al-Quran (Kaedah Pengecaman Simbol)
Penekanan terhadap 5 aspek : Panjang, pendek, dengung, tidak dengung dan sebutan makhraj/sifat huruf . Penekanan bacaan secara bertajwid dan tartil.

5.0          KAEDAH
·         Aplikasi secara teori dan praktikal serta  pembelajaran cara mudah dan Intensif hanya  berdasarkan “tanda / simbol”  yang terdapat di dalam Al-Quranul Karim Rasm Uthmani  (Kaedah Pengecaman Simbol).
·         Tidak diberi penekanan terhadap nama hukum bacaan, tetapi peserta akan dapat  menguasai bacaan secara  bertajwid  berdasarkan  “simbol/tanda” sahaja
·         Praktikal pembacaan secara PERSONAL (Tumpuan Individu) dan TALAQI (Face to face / Bersekemuka)
·         Peserta  Asas Al-Quran (Iqra/Qiraati/Muqaddam dll) akan menggunakan kaedah pembelajaran yang sedia dipelajari agar tidak berlaku kekeliruan dan sebagainya (Kaedah Sifir Al-Quran)

6.0          TARIKH
20 – 22 SEPTEMBER 2015
               
7.0          HARI
Ahad – Selasa

8.0          TEMPOH
3 hari 2 malam

9.0          MASA
9.00 pagi – 4.00 petang

10.0        TEMPAT
Hotel Darul Aman. Bandar Darul Aman Jitra Kedah.

11.0        KATEGORI
Lelaki dan perempuan


12.0        UMUR
6  tahun hingga 16 tahun


13.0        YURAN
                RM220.00 (termasuk penginapan, makan minum, bahan program, sijil dan lain-lain)


14.0        JADUAL HARIAN SECARA UMUM
8.00 pagi - 9.30 pagi : Kelas Pengajian
9.30 pagi - 10.00 pagi : Solat Dhuha dan Motivasi Rohani
10.00 pagi - 10.20 pagi : Minum  Pagi
10.20 pagi -12.30 t/hari : Kelas Pengajian
12.30 t/hari - 02.00 petang : Makan t/hari, Solat Zohor dan Kendiri
2.00 petang - 04.00 petang : Kelas Pengajian
4.00 petang - 4.30 petang : Minum Petang
4.30 petang - 4.55 petang : Persiapan dan Solat Asar


15.0        PENGISIAN MOTIVASI
Terdapar 2 slot  utama Motivasi  Anak Soleh Mantap Al-Quran  akan sajikan kepada peserta bagi memenuhi  piawai kecemerlangan akademik dan kerohanian oleh PU Thowi dan Motivator Ust Mokhtar


16.0        LAIN-LAIN PENGISIAN
1. Praktikal Wuduk                          3. Praktikal Solat Berjemaah di Masjid                    5. Solat Dhuha                   2. Solat Tahiyyatul Masjid             4. Zikir / Terapi Rohani


17.0        GURU DAN FASILITATOR
Guru-guru dan fasilatator berpengalaman. Guru j-QAF / KAFA dan fasilitator berpengalaman
Mahasiswa/lepasan daripada  Timur Tengah/KUIN/ Maahad Tahfiz/ Maahad Tarbiah Islamiyah
Derang dan lain-lain.


18.0        SIJIL DAN REKOD PRESTASI
Sijil dan rekod prestasi peserta akan diserahkan kepada waris pada hari terakhir program oleh pihak urusetia

19.0        PENYELARAS
                ARMAQ CONSULTANT, NO 899, JALAN T/M 27, TAMAN TENGKU MAHERAN 06000 JITRA

20.0        KETERANGAN LANJUT & URUSETIA PENYELARAS
No. H/P: 019-403 1971 (Ustaz Zamri)
No. H/P:019-418 4185 (Ustaz Isa)
Blog                       : armaq.blogspot.com
E-mail                    : armaq.consultant@gmail.com

21.0        PENUTUP
Semoga usaha ini diberkati serta dipandang dan dicatat oleh Allah SWT sebagai amalan kebajikan di akhirat kelak.



Disediakan oleh;
Urusetia Penyelaras


Kem Anak Soleh Mantap Al-Quran SEPTEMBER 2015

Borang Pendaftaran Online (KLIK DI SINI)
Kaedah Pengecaman Simbol Bacaan (Al-Armaqy)

Friday, January 9, 2015

Program Harian Dan Hujung Minggu 2015 (PENDAFTARAN DIBUKA)


KELAS PENGAJIAN MUQADDAM DAN AL-QURAN

Masa : 8.00 hingga 9.00 malam
Hari : Ahad hingga Rabu
Umur : 6 hingga 15 tahun
Yuran : RM 30

==========================

KELAS BAHASA ARAB (j-QAF DAN KOMUNIKASI)

Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi
Hari : Jumaat
Umur : 6 hingga 15 tahun
Yuran : RM 40

==========================

PEMANTAPAN FARDU AIN, JAWI DAN AL-QURAN

Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Hari : Jumaat
Umur : 6 hingga 15 tahun
Yuran : RM 40

==========================

PROGRAM TAHFIZ CILIK

Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi
Hari : Jumaat dan Sabtu
Umur : 4 hingga 6 tahun
Yuran : RM 50
==========================

PEMANTAPAN DAN KLINIK AL-QURAN

Masa : 8.30 hingga 10.30 malam
Hari : Ahad dan Rabu
Umur : Lepasan SPM dan dewasa
Yuran : RM 50